Sunday, August 21, 2016

Isu politik tidak memerlukan bukti

Isu politik tidak memerlukan bukti, tetapi cukup dengan tanggapan sahaja..orang putih kata 'perception'.. 

Samada benar atau tidak sesuatu isu yang ditimbulkan, itu soal lain..tetapi parti yang berjaya menjuarai sesuatu isu ialah kerana bijak mencipta tanggapan kepada pengundi, iaitu tanggapan positif untuk dirinya dan partinya, dan tanggapan senegatif mungkin terhadap parti lawan.

Haji Hadi tidak akan sebut dengan lidahnya bahawa sesiapa yang tidak sokong PAS akan jadi kafir dan terkeluar dari Islam, tetapi dia berjaya membentuk tanggapan di kalangan pengikutnya bahawasanya sesiapa yang tak sokong PAS, maka solatnya, puasanya, zakatnya, hajinya, semuanya tidak sah dan sia-sia sahaja..

Tanggapan umum di kalangan wala'un sekarang ialah, orang Islam yang menentang PAS akan jadi kafir manakala bagi orang bukan Islam yang tak setuju dengan PAS akan jadi kafir harbi yang boleh diperangi..Itu tanggapan.

Haji Hadi mencipta dan membentuk tanggapan, lalu wala'un menerimanya sebagai suatu fahaman dan pegangan..di belakang hari, Haji Hadi boleh saja menjawab yang dia tak pernah kata orang Amanah telah murtad.... memang Hadi tidak membuat tuduhan, tetapi ajarannya telah membentuk tanggapan dan kepercayaan kepada orang-orang jahil seperti para wala'un bahawa orang Umno/Amanah memang kafir. - Nyamuk Menggigit

Amanat di bawah ni pun belum lagi terpadam!

No comments:

Post a Comment