Saturday, August 20, 2016

Bukan saja Mukhriz, aku pun nak jadi PM kalau ada peluang!

Bekas pegawai: Kami tahu Mukhriz mahu jadi PM

  | August 20, 2016
Bekas pegawai khas berkata rakyat Kedah boleh baca agenda untuk menjadi Perdana Menteri
PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir dicabar menafikan punyai cita-cita untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno pada 2018 dalam keinginannya untuk menjadi Perdana Nenteri.
Haris Che Mat, yang membuat cabaran itu dilaporkan bekas pegawai khas politik kepada Mukhriz.
Dalam satu wawancara dengan Berita Harian hari ini, beliau berkata “rakyat Kedah bukan tidak bodoh dan kami boleh baca agenda beliau untuk menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sahaja”.
Mukhriz, anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah dan disingkir daripada Majlis Tertinggi Umno dan parti itu dua bulan lalu. Beliau kini naib presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mahu menamatkan pegangan BN keatas Kerajaan Persekutuan
Dalam temubual itu, Haris mencabar Mukhriz supaya bersumpah dengan al-Quran bagi menafikan yang beliau cuba mengambil laluan mudah untuk masuk ke pejabat perdana menteri.
Katanya Mukhriz merancang untuk menjadi Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti dua tahun lalu, dan kemudian bertanding timbalan presiden pada 2018.
“Saya cabar beliau bersumpah kalau tiada keingingan nak jadi Perdana Menteri secara ‘fast-track'”, katanya menurut laporan itu.
Akhbar itu melaporkan Harris meminta Mukhriz supaya hentikan gerakan Selamatkan Malaysia, yang dilancar tahun lalu oleh bapanya untuk menjatuhkan presiden Umno dan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Awal minggu ini Mukhriz menafikan dakwaan Haris yang mendakwa beliau melancarkan serangan terhadap Najib atas sebab cita-cita peribadi.

No comments:

Post a Comment