Sunday, August 21, 2016

Ayyoyoo......Muhyiddin tidak pukul curi lagi!

Najib CURI Duit Kita ! - Muhyiddin
dinturtle   21 Ogos 16, 3:24 AM 
Semalam berlangsung dengan jayanya majlis Bicara Rakyat Bersatu di Jerantut anjuran Pahang Bersatu. Walaupun bermula agak lewat kerana para pemimpin yang hadir juga mahu menonton perlawanan badminton akhir Olimpik bersama rakyat, lebih 2 ribu warga Jerantut memenuhi jalan di depan pejabat Amanah di mana majlis diadakan.

Pemimpin Bersatu yang hadir adalah Muhyiddin dan Mukhriz sementara Amanah diwakili oleh Salahuddin Ayub. Turut sama adalah Presiden Pahang Bersatu, Wan Ahmad Shahrir.

Menarik ucapan dari Salahuddin dan Mukhriz, tapi paling panas adalah ayat ini dari Muhyiddin -

 ..... apa tak rugi, MAS pun rugi, Perwaja pun rugi, jadi 1MDB rugi biasalah. Tak sama tuan2 .... Yang itu rugi perniagaan, yang ini rugi wang dicuri ! 

Siapa curi ? Datuk Seri Najib curi duit kita !

KLiK untuk ke Youtube

Direct, takde kias2 lagi dah ..... perkara yang sememangnya menjadi bualan harian rakyat, tidak hairanlah kenyataan itu mendapat tepukan dan sorakan dari hadirin. 

Amacam Najib ? Ni dah kira cabar depan2 ni ..... 

Makin lama Najib berdiam diri dan mengelak dari mempertahankan diri dari segala pertuduhan berkaitan 1MDB, semakin direct dan berani tuduhan ditujukan kepada beliau. 
Menonton Badmintan Olimpik Akhir Bersama Rakyat Sebelum Ceramah

No comments:

Post a Comment